28 May, 2013

Adolf Hitler peluk islam sebelum meninggal dunia di Indonesia?



Assalamualaikum,
Ini artikel yang aku copy dari sebuah blog lain iaitu Myinfohubs.blogspot.com. Tiada niat lain cuma nak berkongsi cerita dan maklumat tentang sejarah Adolf Hitler ni. Artikel ni adalah satu-satunya dalam Bahasa Malaysia.

Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi.

Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?

Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?

Beberapa Versi Tentang Kematiannya

Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.

Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.

Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.

Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis.

Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai).

Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.

Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, “Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945.”

Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.

Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, “Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun,” kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.

“Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. ”

Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker.

Biografi Ringkas Adolf Hitler

Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang “anti-sosial” sebagai sebuah kecacatan.

Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler ketika dewasa.

Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).

Surat keiizinan masuk


Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato.

Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar “singa podium”, ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya.

Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda.

Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan.

Bukti-Bukti Hitler di Indonesia


Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya?

Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.

Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi.

Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran “Doktor Jerman”.

Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm.


Kredit - BACA Kajian Terperinci DISINI

21 May, 2013

Resepi nugget masak asam pedas Melaka !

Haaa! apa lagi cubalah resepi ni,aku reka sendiri tau sumpah!

20 May, 2013

Lelaki sempurna?



Adakah lelaki yang sempurna selain Nabi Junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. ?
Biar gambar ini berbicara ..

Aku mahu anak yang soleh dan tips mendidiknya.

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum,weh cuba korang bayangkan yang korang sudah berkahwin dan bercadang mempunyai anak. Semestinyalah nak ada anak right? Jadi apa perancangan korang untuk anak-anak korang?

Bagi aku,mesti lah nk anak tu jadi anak yang soleh,bawa keberkatan dan terhindar dari segala penyakit. Untuk mendapat anak-anak yang soleh mesti ada caranya kan? Meskipun pasangan suami isteri itu soleh dan solehah belum tentu lagi anak anak nya soleh dan solehah. Pernah dengar kan ''iman tak dapat diwarisi''? Jd even soleh mcm mana pun korang,dlm bab didik anak mesti kena teliti..

Dekat sini aku nak kongsikan beberapa tips untuk mendidik anak-anak kita nanti :
(dipetik dari blog lain untuk renungan bersama)

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.


رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَلۡ دُعَآءِ

[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]9. Selal

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna Ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah sentiasa.


sebelum penutup,aku hadiahkan korang satu santapan video bacaan seorang lelaki Amerika-Jerman muslim membaca ayat suci al-quran dengan suara yang lunak! 

19 May, 2013

Hari Lahir yang ke-20

assalamualaikum.

Terima kasih ya Allah kerana memanjangkan jangka hayat nyawaku untuk bertaubat dan beribadat kepadaMu. Alhamdulillah,pada 17 Mei yang lepas telah berlalu hari di mana jatuhnya hari lahir bagi diri aku.

Punya aku hide kan wall dekat Facebook aku,ramai jugak yang datang wish,tapi bukan dekat wall tapi dekat chatbox. HAHA. Pertama kali dlm sejarah hidup aku,diserbu orang melalui message. Terkejut aku masa online FB.

Nak ucapkan thanks lah dekat kawan-kawan yang ramainya aku tak berapa rapat,tapi meluangkan masa untuk wish. Mana kawan yang rapat? taktaulah dorang ingat ke tak atau ada masalah lain,hehe. Tak lupa jugak kat orang yang aku sayang,terima kasih sebab bagi hadiah.

1st time dapat hadiah kot dari orang yang kita suka :) Aku nak tayang skit hadiah-hadiahnya.

Aku paling suka tang dompet dari Fossil tu,tak pernah pikir nak beli kot !
And perfume tu dari Australia. Dia beli time holidays kt sana. Pergh ! :D

11 May, 2013

Musim Politik

Assalamualaikum,

Hadirin sekalian,

Dah macam karangan bahasa melayu zaman sekolah pulak duk hadirin sekalian bagai,haha.
Okay,aku cuma nak nyatakan di sini yang aku ni penyokong Pakatan Rakyat. Alhamdulillah,even aku tak boleh mengundi pon aku still lagi cuba untuk beri support kepada Pakatan Rakyat.

Cuma nasib tak menyebelahi kami apabila kami tidak dapat menjadi kerajaan baru.

Apa yang aku nak nasihatkan,kepada semua penyokong Pakatan Rakyat,kita kena terima ini semua dengan hati yang terbuka dan zuhud. Semua ini ketentuan Allah SWT kerana dia ada rancangan yang lebih baik untuk kita. Janganlah kita terus menerus nak menyalahkan sesiapa pun dengan kekalahan kita.Cuba tafakur beberapa minit,muhasabah diri tanya diri kita balik kenapa kita kalah? Jadi renungkanlah dan perbetulkan mana yang salah. Aku sayang semua.

Bukti aku penyokong Pakatan Rakyat.
Ini tengah berkempen sambil memandu.HEHE

03 May, 2013

Android VS iOS

Assalamualaikum,
Entri kali ini adalah perbandingan antara android dan iOS. Ini adalah kerana disebabkan keinginan aku yang tinggi untuk memiliki iphone 5 dan aku survey lah sedikit-sedikit perbandingan dua perisian ini. Tapi ini adalah dari segi Graphic Info je,so lebih mudah nak faham.