22 April, 2012

Musang dan anjing.

                                        

Semalam aku bergerak dari Gerik ke Sg.Petani bersama ayah. Sebab utamanya adalah untuk ambik kakak aku yang baru balik dari Shah Alam ke Sg. Petani. Hendak dijadikan cerita,aku lah yang drive dari pergi hingga balik ke Gerik semula.

Semasa dalam perjalanan pulang dari SP tu,lebih kurang pukul 2.40 a.m. and jalan yg aku guna jalan lama.
Bukan highway kupang. Tengah duk leka drive,tetiba aku nampak mata berkilau-kilau dari jauh. Dalam hati aku,kucing agaknya. Tapi tiba je dekat ngn mata berkilau tu,rupanya bukan kucing tapi musang!

Yang sedihnya,musang tu dduk tengah jalanraya,and then dia terkejut tengok lampu kereta aku. Jadi dia nak lari ke kanan jalan pada mulanya,tapi secara takdirnya dia boleh pergi patah balik ke arah kereta aku yang tengah laju tu. BAAMMMMM! aku harap dia tak mati. Dan aku teruskan perjalanan tanpa rasa trauma.

Sesampai nya aku ke Gerik,berlaku pula kes lain. Selepas tragedi langgar musang, aku terlanggar seekor anjing yang berlari dari tepi jalan yang gelap. Aku dengan cermatnya tidak sempat mengelak dan sekali lagi bumper perodua Kancil ini menjadi saksi anjing dilanggar! Tapi kali ni,tak seteruk musang tadi.Sebab kena anjing tu belah tepi bumper je.

So,kesimpulanya. Aku harap anjing dan musang sekalian janganlah bermain di tengah jalan raya. Korang dari spesis yang sama. Patutlah aku langgar dua-dua dalam satu malam. Haa! Pesan kat ayam,lembu dengan kucing jugak! tapi kat katak takpayah,dah biasa kena lenyek dah kot si keturunan katak-katak ni. CHOW~

16 April, 2012

Pondok Pasir Tumbuh,Kelantan♥

Sebelum ini aku ada janji nak show sedikit sebanyak gambar-gambar yang menjadi memori aku semasa aku belajar dekat Pondok Pasir Tumboh,Kelantan kan? Okay,aku akan tunjuk lah gambar-gambarnya. Biarlah gambar2 ini yang berkata-kata. HAHA.
Nampak sgt malas nak taip entry :p

Permandangan dari atas Masjid Besar.
Permandangan dari asrama kayu. Ini bumbung pondok-pondok.
Inilah ruang tempat aku dan rakan-rakan yang lain beradu. Biasalah bersepah sikit.haha

 
 Blues Forever

Okay,malam ini Chelsea akan ada game dengan Tottenham. So hopefully blues dapat menang game ni. Aku memang minat gilak Chelsea cuma tak fanatics sangat lah. Kalau menang game ni,boleh lah aku celebrate, and gadis aku yang fans MU tu mesti gebu2 geram! haha.

Anyways enjoy with your fav club jyeah! Chelsea forever!

14 April, 2012

Seronok-seronok yang membawa maksud.


Assalamualaikum , testing-testing Alif Ba Ta!

Okay,sebenarnya saja nak ringan2 tangan tunjuk first gambar yang aku jadi model. haha. Gambar ni diambil oleh kawan aku sbb dia nak setelkan photoconcept assigment dia. Bagi pendapat aku,gambar ni menarik sangat sebab aku tak pernah terfikir nak shoot gambar berdekatan ataupun dekat2 terus dengan kubur.
So,sedikit sebanyak memang terasa keinsafan lah bila usha gambar sendiri dekat dengan kubur kan?

Apa pendapat korang tengok gambar ini? Agak2 kalau ini gambar korang,apa raso nyo? haha.
KEMBALI KE PANGKAL JALAN. Amiin.

11 April, 2012

Mengorak Blog yang lama ditinggalkan,jyeah!

Assalamualaikum! testing-testing Alif Ba Ta!? 

Ye,lama gila tak update blog aku ni,memang lama gila-gila la habaq hang! haha
Okay first skali nk ucapkan selamat kembali lah kat diri aku sendiri dan selamat datang kat hangpa semua.
Kat entry terbaru ni aku nk show sikit hasil video yang aku pernah buat bersama rakan2 aku time kat Part1 kat UiTM Perak. Salute lah sikit videomontage first aku taw? Susah taw nk sunting semua bagai ,HAHA.

Orait,sebelum hangpa semua tengok,aku nak habaq sikit2 tentang motif video nie. Asalnya ini adalah video untuk menunjukkan bahawa silat adalah seni pertahankan diri yang unik dan power lah. Watak utama iaitu Faruqi lakonan oleh hazim (http://www.facebook.com/hazim.norman) adalah seorang yang sering dibuli oleh roomatesnya yang terdiri dari pada :
Bos Kecik (http://www.facebook.com/aquapheel),
konco 1 (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001764476670
konco 2 (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001365653588).

Dan seperti selalu jika dia melawan,pasti akan dipukul. Akan tetapi suatu hari setelah Faruqi dipukul,berlaku sesuatu perubahan pada dirinya. SAKSIKANLAH,haha.