22 April, 2012

Musang dan anjing.

                                        

Semalam aku bergerak dari Gerik ke Sg.Petani bersama ayah. Sebab utamanya adalah untuk ambik kakak aku yang baru balik dari Shah Alam ke Sg. Petani. Hendak dijadikan cerita,aku lah yang drive dari pergi hingga balik ke Gerik semula.

Semasa dalam perjalanan pulang dari SP tu,lebih kurang pukul 2.40 a.m. and jalan yg aku guna jalan lama.
Bukan highway kupang. Tengah duk leka drive,tetiba aku nampak mata berkilau-kilau dari jauh. Dalam hati aku,kucing agaknya. Tapi tiba je dekat ngn mata berkilau tu,rupanya bukan kucing tapi musang!

Yang sedihnya,musang tu dduk tengah jalanraya,and then dia terkejut tengok lampu kereta aku. Jadi dia nak lari ke kanan jalan pada mulanya,tapi secara takdirnya dia boleh pergi patah balik ke arah kereta aku yang tengah laju tu. BAAMMMMM! aku harap dia tak mati. Dan aku teruskan perjalanan tanpa rasa trauma.

Sesampai nya aku ke Gerik,berlaku pula kes lain. Selepas tragedi langgar musang, aku terlanggar seekor anjing yang berlari dari tepi jalan yang gelap. Aku dengan cermatnya tidak sempat mengelak dan sekali lagi bumper perodua Kancil ini menjadi saksi anjing dilanggar! Tapi kali ni,tak seteruk musang tadi.Sebab kena anjing tu belah tepi bumper je.

So,kesimpulanya. Aku harap anjing dan musang sekalian janganlah bermain di tengah jalan raya. Korang dari spesis yang sama. Patutlah aku langgar dua-dua dalam satu malam. Haa! Pesan kat ayam,lembu dengan kucing jugak! tapi kat katak takpayah,dah biasa kena lenyek dah kot si keturunan katak-katak ni. CHOW~

No comments: