15 July, 2012

Jangan jatuh tak bangun-bangun.

Kali ini aku kalah. Buat kali pertama dan aku harap ianya adalah kali yang terakhir. Walaupun tersandung seketika,itu tak bermakna dunia aku sudah berakhir. Aku nak buktikan pada dunia yang aku pon boleh hidup bahagia macam orang lain. Bersyukur kepada Allah kerana aku dikurniakan keluarga yang bahagia dan mereka sangat bermakna.

Baru aku paham apa yang dipanggil takdir dan apa yang dipanggil perancangan. Kepada kawan-lawan aku,korang kena cepat bangkit dari terjatuh,jangan diam jangan mengalah. Kalau boleh bangkit dan buktikan yang korang tak lemah. Semoga Allah memberkati kita semua :)

p/s: raikan keseronokan hidup yang indah sebaiknya. Tapi biar kena dengan cara ye?